top of page

keterangan

Sesetengah orang impikan kejayaan. Kami menjadikannya satu kenyataan.

Rutin Pemandu

 

AMALAN PEMANDU SELAMAT

Amalan sebelum memulakan pergerakan terbagi kepada 3, (Mengikut piawaian Penilaian Ujian Praktikal JPJ)

 

1.   RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN (RPK)

2.   RUTIN SEBELUM MEMANDU (RSM)

3.   RUTIN SELAMAT (RS) - (C.I.T.O)

 

RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN (RPK) 

- "First Parade Task"

(Sebelum memasuki kenderaan atau setiap kali bertukar kenderaan lain - Tindakan pemeriksaan di bawah adalah teratur mengikut arah pusingan jam)

 

 

mAKNA PENUNJUK

Dalam Rutin pemandu untuk RSM (Rutin Sebelum Memandu), calon dikehendaki 'on'kan suis penghidup untuk memeriksa fungsi penunjuk. memaklumkan semua indicator (penunjuk amaran) pada panel board (papan pemuka) berfungsi sekiranya semua lampu amaran menyala. Lampu amaran seharusnya padam sebaik engin dihidupkan.

 

1.   LAMPU AMARAN TEKANAN MINYAK ENGIN.   - maklumkan berfungsi.

Lampu amaran akan menyala sekiranya sistem pelinciran tidak berfungsi semasa engin beroperasi, 

 

2.   LAMPU AMARAN CAS BATERI.   - maklumkan berfungsi.

Lampu amaran akan menyala sekiranya sistem cas tidak berfungsi semasa engin hidup - Bateri akan dicas berterusan oleh alternator sekiranya engin beroperasi.

3.   LAMPU MIL (MALFUNCTION INDICATOR LIGHT). - maklumkan berfungsi.
Lampu amaran akan menyala semasa engin hidup sekiranya terdapat sebarang kegagalan/pincang tugas di dalam sistem engin yang dikawal oleh sistem elektronik.

4.   LAMPU AMARAN SISTEM BREK. - maklumkan berfungsi.
Lampu amaran menyala semasa brek tangan/parking brake dalam keadaan brek. Lampu amaran akan terus menyala walaupun brek tangan telah dilepaskan sekiranya cecair brek berada di bawah paras minimum pada tabung cecair brek.

5.   PENUNJUK BAHANAPI.  - Maklumkan kedudukan bahanapi mencukupi atau sebaliknya.


 

 

RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN (RPK) - "First Parade Task"

(Sebelum memasuki kenderaan atau setiap kali bertukar kenderaan lain - Tindakan pemeriksaan di bawah adalah teratur mengikut arah pusingan jam)

 

Posisi  Pemeriksaan

 

HADAPAN KENDERAAN

a.   Bahagian bawah/bumper/no.plate

(fizikal luar)

b.   Lampu - hadapan, isyarat

Fizikal luar, penutup bonet

c.   Wiper

d.   Cermin hadapan

 

SISI KENDERAAN

a.   Fizikal luar bawah, sisi kenderaan, lampu sisi, cerminsisi

b.   Tayar hadapan - fizikal, bunga dan tekanan

c.   Buka/periksa pintu pemandu/cermin tingkappemandu (hadapan)

d.   Tarik tuil bonet hadapan, boot belakang, penutuptangki

e.   Tutup pintu

f.   Buka/periksa pintu penumpang/cermin tingkappenumpang (belakang)

g.   Tutup pintu

h.   Tayar belakang - fizikal, bunga dan tekanan

 

BELAKANG KENDERAAN

a.   Bahagian bawah/bumper/no.plate

b.   Lampu belakang, isyarat dan wiper (jika ada)

c.   Fizikal luar, penutup boot

d.   Cermin belakang

(Ruang boot)a.   Buka boot

b.   Tayar simpanan - fizikal, bunga dan tekanan

c.   Tool cukup - spana pembuka tayar, jek, spana yangdibekalkan

d.   Alatan keselamatan - Segitiga amaran

e.   Tutup boot

SISI KENDERAAN

a.   Fizikal luar bawah, sisi kenderaan

b.   Periksa penutup tangki

c.   Tayar belakang - fizikal, bunga dan tekanan

d.   Buka/periksa pintu penumpang/cermin tingkappenumpang (belakang)

e.   Tutup pintu

f.   Buka/periksa pintu sebelah pemandu/cermin tingkap(hadapan)

g.   Tutup pintu

h.   Cermain sisi, lampu sisi

i.   Tayar hadapan - fizikal, bunga dan tekananj.    Periksa tempoh sah Cukai Jalan.

HADAPAN KENDERAAN

a.   Buka bonet

(Ruang bonet)b.   Pemeriksaan bateri/paras cecair bateri

c.   Pemeriksaan air radiator (paras simpanan/radiator)

d.   Pemeriksaan hos air

e.   Pemeriksaan paras minyak injin

f.   Pemeriksaan tali sawatg.   Periksa paras cecair brek/steering

h.   Pemeriksaan paras air wiper

i.   Tutup bonet

belum dikemaskinikan lagi..... harap maaf

Zaara Astechz Resources

© 2023 by by James Consulting. Proudly created with Wix.com

bottom of page